Membawang Hari Ini

Pertempuran berterusan Vampire, Lycan

PENGIKUT siri filem Underworld pastinya tidak sabar menantikan kemunculan francais terbaru dan sekuel kelima filem aksi seram lakonan Kate Beckinsale, Underworld: Blood Wars yang telah memulakan tayangannya sejak 1 Disember lalu.

Selepas kali terakhir muncul dengan Underworld Awekening (2012), siri filem kegemaran ini kembali tampil dengan pertempuran lebih dahsyat di antara dua puak berseteru iaitu Vampire dan Lycan yang masing-masing mahu lebih berkuasa.

Filem yang menjalani penggambaran di Praque, Republic Czech sekitar Oktober tahun lalu ini merupakan debut Anna Foerster sebagai pengarah filem dan menyaksikan banyak perkara baru cuba dibawakan.

Bagaimanapun, aksi-aksi pertempuran masih menjadi kekuatan utama apabila Anna cuba memperkemaskan babak tersebut agar terlihat lebih mengujakan menerusi beberapa pertarungan sengit yang tidak terjangka.

Malah gandingan kerja kamera dan grafik yang cukup kreatif juga menjadikan filem ini tampak begitu meyakinkan dari awal sehinggalah ke hujung ceritanya.

Tidak sekadar menyogok babak aksi kepada penonton, filem yang masih mengekalkan Kate Beckinsale sebagai teraju utama turut menyelitkan elemen kekeluargaan sehingga mengusik emosi penonton.

Begitu pun, sekuel terbaru ini dilihat menyajikan jalan cerita lebih kompleks apabila menampilkan beberapa plot berlainan dalam satu masa membuatkan tumpuan turut terbagi kepada kisah dari watak sokongan yang lain.

Anna kelihatan seperti terburu-buru merangkumkan plot itu menjadi satu sehingga menyebabkan penceritaan sedikit kalut.

Secara keseluruhan, filem ini masih menghiburkan dan tidak mengecewakan.

Underworld: Blood Wars mengisahkan Vampire Death Dealer Selene meneruskan perjuangannya menentang puak Lycan dan Vampire yang cuba mengeksploitasi darahnya dan anak perempuannya untuk menghasilkan Vampire-Corvinus bagi memiliki kuasa luar biasa.

Dia menyembunyikan anaknya serta bergabung dengan David dan bapanya, Thomas dalam cubaan menghentikan perang di antara Lycan dan Vampire. Namun langkah Selene sentiasa diancam Marius, ketua puak Lycan yang yang bermati-matian memburunya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");