Berita Hari Ini

Pesawat Beechcraft B200T berjasa menjaga perairan negara

KUALA LUMPUR: Pesawat jenis Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, semalam, adalah antara aset penting TUDM dalam memelihara kedaulatan perairan negara.

Menurut portal rasmi TUDM, di bawah No 16 Skuadron yang secara rasminya ditubuhkan pada 23 Mei 1994 dan beroperasi penuh pada 1 Oktober 1994, pesawat itu dipertanggungjawabkan melakukan tugas Penerbangan Pengawasan Maritim yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

“Peranan dan tugas utama No 16 Skuadron adalah memberi amaran awal dan lapor segera pengenalan kapal-kapal di perairan dan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).

“Skuadron ini turut mengawasi dan melapor kegiatan di kawasan pelantar minyak dan zon menangkap ikan, mengawasi dan meronda kawasan terumbu yang diduduki dan dituntut serta mengawasi dan melapor kemasukan pendatang tanpa izin dan juga aktiviti pencemaran laut,” demikian menurut portal itu.

TUDM memiliki empat pesawat jenis Beechcraft Super King Air B200T Maritime Patrol Aircraft (MPA), termasuk pesawat yang terbabit dalam nahas pada 5.18 petang semalam, untuk rondaan persisir pantai serta laut dekat, selain pesawat PC-130H-30-MP Hercules untuk rondaan laut samudera.

Pesawat ringan dua enjin buatan Beech Aircraft Corporation (sekarang dikenali Hawker Beechcraft Corporation) dari Amerika Syarikat sejak pengeluaran pertama pada 1964 itu digunakan untuk rondaan maritim oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Australia

. Ketangkasan kru serta anggota dari No 16 Skuadron yang membawa moto ‘JEJAK SAMUDERA’ telah bekerjasama menyalur maklumat bagi membanteras kegiatan yang salah disisi undang-undang maritim dan negara.

Hingga kini, No 16 Skuadron juga telah banyak membantu agensi kerajaan yang lain dalam mengurangkan jenayah dan penyeludupan haram di perairan ZEE. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");