Isu Panas

Pilih pemimpin beramanah untuk kebaikan bersama

SHAH ALAM: Masyarakat yang menghargai nilai kejujuran pastinya akan mengangkat seorang pemimpin yang amanah untuk memimpin mereka, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan Maulidur Rasul menerusi Facebooknya, hari ini.

Katanya lagi, pemimpin yang amanah dan bertakwa pastinya akan membawa kebaikan dan rahmat kepada masyarakat yang dipimpinnya.

“Antara keperibadian Rasulullah S.A.W yang wajar dijadikan ikutan oleh seluruh umat Islam ialah sikap amanah.

“Baginda sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan sehingga dikenali sebagai Al-Amin. Dengan sikap amanah inilah baginda berjaya menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk kota Makkah ketika peristiwa peletakan semula Hajarul Aswad di sisi ka’bah, dan baginda kemudiannya diangkat sebagai pemimpin.

Sebaliknya, katanya lagi, seorang pemimpin yang pecah amanah akan menyebabkan kerosakan dan porak peranda dalam masyarakat dan negara.

“Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W yang mulia dan berdoa semoga kita dikurniakan pemimpin yang amanah dan bertakwa untuk memimpin umat ke jalan yang diredaiNYA,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");