Sukan Hari Ini

PKNS FC kemuka rayuan lanjut tempoh

PENGURUSAN PKNS FC mengemukakan rayuan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melanjutkan proses pengesahan penyertaan pasukannya dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2017 selepas isu status kelab itu masih belum menemui jalan penyelesaian, lapor MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID.

Hal ini disampaikan Setiausaha Agung PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin yang mengharapkan rayuan kelabnya itu diterima.

“Sehingga hari ini, kami belum lagi menerima sebarang persetujuan FAS untuk menyokong penyertaan dalam Liga Malaysia.

“Oleh sebab itu, pihak kami telah mengemukakan rayuan kepada FMLLP dan juga FAM untuk melanjutkan tempoh pengesahan penyertaan kami.

“Melalui perbincangan secara tak rasmi dengan FMLLP dan FAM, insya-ALLAH tiada masalah untuk kami mohon lanjutan. Apa pun kami masih menunggu jawapan rasmi daripada FMLLP dan FAM.

“Saya masih optimis permasalahan ini boleh diselesaikan dalam masa terdekat oleh kedua-dua pihak (PKNS dan FAS). Saya tahu ramai peminat juga mahukan kami beraksi di dalam Liga Malaysia. Jadi kita sama-sama doakanlah,” ujarnya ketika dihubungi semalam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");