Isu Panas

PKR, DAP Tidak Perlu Bertanding Di Sabah – Lajim

KOTA KINABALU: Bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin meminta bekas partinya dan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia agar bertanding di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Lajim yang kini mengetuai partinya sendiri berkata, parti-parti tempatan Sabah perlu diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional berdasarkan pertandingan satu lawan satu.

“Kami bimbang sekiranya parti dari semenanjung seperti PKR dan DAP bertanding di Sabah, sekali gus menyebabkan pecahan undian dalam kalangan pembangkang.

“Situasi itu akan menguntungkan Barisan Nasional,” katanya selepas melancarkan parti baharu pimpinannya, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) di sini, Selasa.

Beliau berkata, PKR, DAP dan parti pembangkang lain perlu memberi tumpuan terhadap usaha memenangi kerusi di semenanjung dan menyerahkan kepada parti tempatan untuk ‘bertarung’ di Sabah.

Beliau juga menyedari tentang sokongan kuat PKR dan DAP di Sabah tetapi lebih baik parti pembangkang tempatan merampas negeri itu daripada Barisan Nasional.

“Jika PKR kuat di Penampang, kita boleh berunding dengan mereka supaya tidak meletakkan calon di sana.

“Biar kami mengambil tanggungjawab untuk memenangi kerusi tersebut dengan bantuan penyokong mereka,” katanya.

Menurut Lajim, pemimpin Harapan bersama tiga lagi parti iaitu Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pembaharuan Negeri dan Parti Progresif Sabah masih berunding untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Pemimpin keempat-empat parti tersebut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kami mahu menyelesaikan beberapa isu dengan Warisan termasuk manifesto, pembahagian kerusi dan lain-lain,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");