Panasnya Hari Ini

PKR Sedia Berunding, Serah Kerusi Kepada PPBM

KUALA LUMPUR : PKR sedia berunding dalam pembahagian kerusi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, parti itu bersikap terbuka dan tindakan untuk berunding dalam pembahagian kerusi itu adalah salah satu bentuk kerjasama dalam Pakatan Harapan melalui perbincangan dan rundingan untuk mencapai persefahaman bersama.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan pimpinan PKR beberapa tempoh lalu dan kita harus ambil sikap terbuka kerana ketika PKR baru dibentuk dahulu pun, kita tak ada kerusi.

“Kita dapat kerusi dari DAP dan Pas… jika mereka tak bagi pada 1999, kita tak akan ada di sini pada hari ini.

“Jadi sekarang, saya kira giliran kita pula untuk menyumbang, bersikap terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu,” katanya lapor Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, Azmin berkata, pembahagian kerusi itu tertakluk kepada strategi dan faktor keupayaan untuk menang seperti perjanjian yang telah ditandatangani oleh Pakatan Harapan dan PPBM.

Sebelum ini, Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju membentuk kerjasama berlandaskan peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/1963, di mana pimpinan setiap parti setuju untuk memastikan satu lawan satu di kawasan yang ditandingi dalam PRU 14 nanti.

“Kerjasama ini juga tidak spesifik kepada sesebuah negeri sahaja walaupun ketika ini,kita Pakatan Harapan sudah menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Pada masa yang sama, Bersatu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mempunyai kekuatan terutama di selatan Semenanjung seperti Johor dan Melaka.

“Apa pun, pembahagian kerusi ini masih belum diputuskan dan perkara ini masih dalam rundingan dan penilaian buat masa ini. Lagi pun, ini soal strategi, kita tak boleh nak bincangkan soal strategi secara terbuka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");