Isu Panas

PM bayangan keruhkan hubungan pembangkang – Tun M

PETALING JAYA: Pembangkang akan bergaduh jika ada parti pakatannya menamakan Perdana Menteri bayangannya ketika ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu juga hanya akan menimbulkan pergaduhan dan perpecahan dalam kalangan pembangkang.

Ia sekali gus menunjukkan pakatan pembangkang yang kini disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia seolah-olah masih tidak sekepala dalam pelbagai perkara, khususnya membabitkan isu individu yang bakal memimpin kerajaan pimpinan mereka jika menang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Jika pembangkang namakan siapa Perdana Menteri, akan ada pihak yang kecewa dan pergaduhan akan berlaku dalam kalangan kami.

“Pada ketika ini, kami tidak boleh menamakan siapa Perdana Menteri…mungkin (masa yang sesuai) ketika hampir pilihan raya nanti.

“Keputusan itu juga mesti dipersetujui secara keseluruhan, tidak boleh daripada satu parti saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), di sini, semalam.

Pada Sabtu lalu, portal berita melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mencadangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi Perdana Menteri interim pembangkang sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu apabila dibebaskan daripada penjara.
=

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");