Jenayah

Polis trafik parah dilanggar ketika bertugas

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik parah di kepala selepas dilanggar sebuah kereta di Lebuh Raya Connaught menghala ke Petaling Jaya, semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, kejadian 4.10 pagi itu berlaku semasa Lans Koperal Khairul Abd Majid,

33, bersama tiga lagi anggota sedang mengawal aliran trafik berikutan berlaku kemalangan di kawasan berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kawalan trafik, anggota terbabit dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan menyebabkan dia tercampak sejauh 15 kaki.

“Berikutan insiden itu, pemandu lelaki berusia 25 tahun yang menetap di Klang dikatakan cuba melarikan diri namun dia ditahan rakan anggota polis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafie berkata mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan.

Menurutnya, pemandu yang melanggar anggota itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");