Jenayah

Polis trafik Perak keluar hampir 100 saman

IPOH – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak mengeluarkan 97 saman atas pelbagai kesalahan dalam dua operasi sekitar bandar raya ini dari malam tadi hingga awal pagi ini.

Pegawai Turus Trafik negeri DSP Mohd Mahiri Hussin berkata 69 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Penguatkuasaan dan Waran Tangkap di Jalan Raja Di Hilir, Jalan Sultan Nazrin Shah dan Jalan Lahat yang diadakan dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Katanya sepanjang operasi itu saman paling banyak dikeluarkan adalah atas kesalahan memandu laju iaitu 18; tiada lesen memandu (sembilan); mengabaikan isyarat lalu lintas (lapan).

“Kesalahan lain yang turut dikenakan saman termasuk nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi, menghalang lalu lintas dan menggunakan telefon bimbit,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Mahiri berkata dua penunggang lelaki yang mempunyai waran tangkap trafik turut ditahan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, dalam Op Mabuk pula sebanyak 28 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan antaranya memandu laju, tiada lesen memandu dan kesalahan nombor plat serta melanggar lampu isyarat.

Mohd Mahiri berkata operasi itu dijalankan mulai pukul 1 pagi hingga 4.30 pagi tadi di tiga lokasi iaitu Jalan Dato Ahmad Said; Jalan Sultan Abdul Jalil Greentown dan Persiaran Greentown.

Katanya dalam operasi itu dua lelaki masing-masing berumur 34 dan 45 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kedua-duanya telah diikat jamin sehingga 28 Dis ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");