Sukan Hari Ini

Porto mudah atasi skuad kedua Leicester City

PORTO: Porto mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas menang 5-0 ke atas Leicester City yang menurunkan skuad simpanannya, kekalahan paling besar bagi kelab Inggeris dalam sejarah kejuaraan Eropah.

Meskipun sudah layak sebagai juara Kumpulan G, juara Inggeris itu menukarkan 10 pemain dalam skuad utamanya, sekali gus membuka jalan buat Andre Silva meledak dua gol, dengan Jesus Corona, Yacine Brahimi dan Diogo Jota, masing-masing meledak satu gol untuk tuan rumah.

Belum ada kelab Inggeris tewas sebesar itu dalam sejarah 61 tahun kejuaraan tertinggi Eropah dan ia adalah rekod terburuk kelab Liga Perdana Inggeris sejak kekalahan 5-0 Everton, juga di Portugal, di tangan Benfica dalam Liga Europa musim 2009-10.

“Saya mahu menunjukkan karakter dan kekuatan kami, tapi kami tidak melakukannya dengan baik,” kata pengendali Leicester, Claudio Ranieri yang turut menyaksikan skuadnya gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Kini saya dapat menilai pemain saya dengan lebih jelas,” katanya.

Leicester hanya dibolosi sekali dalam kempen sulung tanpa kekalahan Liga Juara-Juara sebelum perlawanan awal pagi tadi, tetapi penjaga gol simpanan, Ben Hamer muncul sebagai penjaga gol Inggeris pertama dibolosi lima kali dalam penampilan pertama Liga Juara-Juara.

Dengan Copenhagen menang di Club Bruges dalam satu lagi perlawanan kumpulan ini, Porto menamatkan saingan dua mata mengatasi kelab Denmark itu dan dua mata di belakang Leicester. – REUTERS

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");