Berita Hari Ini

Pos lancar koleksi setem Kegemilangan Emas Paralimpik Rio

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd hari ini mengeluarkan koleksi setem “Kegemilangan Emas di Paralimpik Rio 2016” yang menampilkan imej tiga atlet Paralimik yang menyumbang pingat emas di temasya itu.

Koleksi setem bernilai 95 sen itu dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin di Ibu Pejabat Pos Malaysia, di sini, hari ini.

Khairy berkata, pihaknya berterima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kali pertama memberi kelulusan untuk mengeluarkan setem berimej wajah atlet yang masih hidup.

“Pos Malaysia mempunyai garis panduan ketat dalam mengeluarkan setem berimej kerana hanya imej daripada kerabat diraja, pemimpin atau tokoh sasterawan negara yang meninggal dunia saja dibenar dalam pencetakan dan pengeluaran setem.

“Keluaran setem kali ini adalah memberi penghormatan kepada atlet Malaysia yang mengharumkan nama negara di temasya berprestij itu pada September lalu,” katanya selepas pelancaran koleksi setem itu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh; atlet Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

Setem berkenaan dikeluarkan sebanyak 150,000 keping dan boleh didapati di seluruh dunia menerusi pembelian secara dalam talian.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");