Panasnya Hari Ini

PPBM Bukan Jadi Saingan UMNO di Kelantan

KUALA LUMPUR:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan bahawa penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memberi kesan kepada kepemimpinan UMNO Kelantan untuk berdepan pilihan raya.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya walaupun parti berkenaan mendakwa mempunyai barisan kepemimpinan yang kuat di setiap negeri, ia tidak akan melemahkan semangat UMNO untuk terus bekerja membela nasib rakyat.

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan walaupun PPBM mempunyai beberapa bekas pemimpin UMNO dan berusaha memenangi hati rakyat, ia tidak bermakna parti itu kuat.

“Bagi UMNO Kelantan, kita yakin ahli (UMNO di Kelantan) tetap bersama parti dan setia dengan usaha perjuangan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Namun, saya mengingatkan ahli parti supaya sentiasa waspada dengan ancaman politik pembangkang yang sering mengganggu gerak kerja UMNO.

“Ini kerana, parti pembangkang akan berusaha menarik ahli dari mana-mana parti (termasuk UMNO) dan menawarkan jawatan dengan bayaran lumayan supaya menyokong dan berada dalam kepemimpinan parti mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) PRU14 Parlimen Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di Tumpat pada Sabtu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, walaupun UMNO dan BN Kelantan sentiasa berdepan cabaran dan halangan untuk merampas kembali negeri ini, ia tetap menjadi agenda utama.

Katanya, BN dan UMNO Kelantan juga mempunyai hubungan kukuh dengan pengundi masyarakat Siam, selain Cina dan India walaupun mereka golongan minoriti di negeri ini.

“Seperti di (DUN) Pengkalan Kubor, BN mempunyai ramai pengundi masyarakat Siam beragama Buddha yang sentiasa menyokong UMNO dan BN.

“Jadi itu membuktikan kerjasama dan perpaduan kukuh dalam kalangan pemimpin bukan Melayu dengan UMNO serta BN dan ini menjadi ramuan bagi memastikan kemenangan di Kelantan dicapai pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");