Panasnya Hari Ini

PPBM Perlu Diberi Ruang, Bukan Sekadar Parti Yang Beri Sokongan

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seharusnya diberikan ruang tanpa dilihat sebagai parti yang hanya memberi sokongan kepada Pakatan Harapan semata-mata sedangkan parti baharu itu boleh memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada gunanya kerjasama diadakan dengan Pakatan Harapan sekiranya parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak diberikan kerusi untuk bertanding.

“Sebagai parti baharu kita mengingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang.

“Kalau tidak…tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu daripada sokongan moral tetapi tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama yang ditandatangani oleh PPBM dan Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");