Berita Hari Ini

Prasarana diminta segera bina parkir

SUBANG JAYA – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) diingatkan supaya tidak lupa membina tempat letak kereta untuk kemudahan pengguna stesen transit aliran ringan (LRT) di stesen 4 dan stesen 7, Subang Jaya.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, pihak itu masih belum membina kemudahan dijanjikan meski ia merupakan syarat pembinaan LRT.

Beliau juga katanya, masih belum menerima apa-apa maklum balas sejak perkara tersebut dibangkitkan Julai lalu.

“Saya minta Prasarana segerakan perkara ini kerana ramai penumpang LRT didakwa meletakkan kereta secara haram di kawasan kediaman penduduk terutama di USJ 13.

“Penduduk buat aduan kata tidak selesa dengan keadaan itu, mereka turut naikkan kain rentang membantah orang luar meletakkan kenderaan di kawasan kediaman mereka untuk guna kemudahan LRT,” katanya.

Hannah berkata, beliau membangkitkan sekali lagi isu tersebut kerana tidak mahu Prasarana melupakan ia begitu sahaja selepas kemudahan LRT beroperasi.

“Pembinaan kemudahan tempat letak kereta ‘Park and Ride’ memang ada dalam syarat pembinaan LRT, jadi mereka kena binalah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");