Isu Panas

PRU14: Harapan Rakyat bincang dengan Pakatan Harapan

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan supaya gabungan itu tidak meletakkan calonnya di Sabah pada pilihan raya akan datang.

Presidennya, Datuk Lajim Ukin, berkata beliau percaya boleh meyakinkan PKR dan DAP Sabah untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya fikir parti pembangkang dari Semenanjung perlu memberi ruang kepada parti pembangkang tempatan untuk memastikan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dapat dilakukan.

“Jadi, kita akan berbincang dengan Pakatan Harapan untuk tidak meletakkan calon di sini, sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagaimanapun, sudah tentu kami akan menyokong mereka untuk membentuk kerajaan baharu di Putrajaya jika menang (pilihan raya),” katanya pada sidang media selepas pelancaran parti itu di sini, hari ini.

Mengenai perbincangan dengan parti pembangkang tempatan di Sabah seperti Parti Cinta Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Lajim yang juga bekas Pengerusi PKR Sabah, berkata belum ada perbincangan secara rasmi dibuat terutama berkaitan PRU14.

“Bagaimanapun, secara peribadi, saya sudah bertemu dengan pemimpin parti ini untuk memulakan rundingan mengenai pengagihan kerusi dan manifesto. Perbincangan adalah positif.

“Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat selepas cuti, mungkin minggu pertama atau kedua bulan Januari,” katanya.

Mengenai keahlian parti itu, katanya, sebanyak 25,000 permohonan diterima setakat ini sejak parti itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Oktober lalu. -berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");