Jenayah

Pujukan anggota bomba selamatkan nyawa

Kuala Lumpur: Wanita menceroboh perumahan Bomba Selayang dan cuba terjun dari tingkat 3 blok B, sebelum dipujuk dan diselamatkan tiga anggota bomba, 9.28 pagi tadi.

Wanita berusia 20-an itu dikatakan memasuki kawasan perumahan berkenaan sebelum dilihat mengambil kerusi plastik dan membawa naik ke tingkat tiga.

Bagaimanapun, beberapa anggota bomba yang menyedari kelakuan meragukan wanita itu terus mengejarnya sehingga tingkat tiga bangunan berkenaan.

Salah seorang anggota bomba yang menyelamatkan wanita itu, Mohammad Izuan Razali berkata, dia dan dua rakannya, Zaki Zakaria serta Nurhayati Abdul Ghani terpaksa memujuknya selama 30 minit sebelum wanita itu menghulurkan tangan dan membatalkan niatnya untuk terjun.

“Dengan dibantu dua anggota, saya berjaya menarik wanita itu dan mententeramkannya sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Wanita itu bertindak demikian dipercayai akibat tekanan perasaan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");