Perak Hari Ini

PULARA Terus Bentuk Jati Diri Bangsa

PANGKOR : Penganjuran Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) Pangkor menekankan kepada aspek pembinaan bahasa, jati diri dan hal yang bersangkutan dengan kegiatan-kegiatan kebudayaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, meskipun terdapat pihak yang mengatakan program sebegini tidak popular dan bersifat ‘jiwang’, tetapi ianya berupaya membangunkan jati diri bangsa.

3-2

“Dalam aspek negara maju, mereka akan memberi penekanan dalam aspek-aspek ini (bahasa, jati diri dan kebudayaan). Seperti China dan Jepun misalya, mereka mempunyai penyair-penyair mereka sendiri untuk memperkayakan bahasa mereka.

“Saya harap, semakin kita membangun, dalam masa yang sama, kita dapat membangunkan jatidiri, budaya dan bahasa kita. Ini yang Perak cuba kemukakan bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, tetapi di peringkat antarabangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan PULARA Pangkor 7 2016 di Dewan Besar SMK Pangkor, di sini, hari ini.

1-1

Sebanyak 20 buah negara menyertai PULARA Pangkor 7 pada penganjuran kali ini.

Ujar Zambry lagi, proses bahasa adalah satu proses untuk membina jati diri dan merupakan satu proses yang berterusan.

“Dengan cabaran yang ada pada hari ini, ada orang yang mengambil mudah soal bahasa tetapi sebenarnya, kita perlu terus belajar.

“Dari segi kemampuan untuk menguasai bahasa lain, ia satu keistimewaan tetapi menguasai bahasa dengan tepat, ianya adalah satu proses.

“Sebagai anak jati Malaysia, tentunya kita mempunyai jati diri kita. Salah satunya ia dibina oleh bahasanya iaitu bahasa kebangsaan,”katanya.

2-2

Sementara itu, Zambry turut berkata, Perak konsisten untuk menganjurkan program-program sebegini dan kini, PULARA telah menjadi salah satu program yang terkenal dalam kalangan penyair-penyair dunia.

Katanya, Kongres Penyair Sedunia sudah mengiktiraf PULARA sebagai salah satu acara tahunan yang akan dihadiri oleh kongres tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");