Panasnya Hari Ini

Rafizi Pertahan Kenyataan Kos MRT Lebih RM21 bilion

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekali lagi mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini bahawa kos keseluruhan untuk laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang (SBK) fasa satu melebihi RM21 bilion.

Naib Presiden PKR itu berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yuran perundingan MRT Corp yang dibayar kepada KV MRT Sdn Bhd – consortium bersama antara MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd sebanyak RM7 bilion.

“Sebab itu saya sangat mengecam cubaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengelirukan rakyat mengenai jumlah kos projek MRT sejauh 150 kilometer.

“Bukan sahaja keseluruhan kos projek akan melebihi RM100 bilion disembunyikan daripada orang ramai, pengumuman beliau (Najib) bahawa kos projek MRT fasa satu hanya RM21 bilion dengan penjimatan RM2 bilion adalah tidak tepat kerana belum mengambil kira bayaran perundingan,”katanya, lapor Malaysiakini.

Rafizi turut merujuk kepada laporan New Straits Times pada Julai 2014 yang memetik bekas ketua pegawai eksekutif MRT Corp, Wira Azhar Abdul Hamid mengesahkan jumlah keseluruhan RM28 bilion termasuk yuran perundingan dibayar kepada MRT KV dan kos-kos yang berlainan.

Terdahulu, ketika merasmikan fasa pertama MRT SBK, Najib dilaporkan berkata, kos pembinaan fasa satu sejauh 51 kilometer melibatkan kos keseluruhan RM21 bilion dan sebanyak RM2 bilion berjaya dijimatkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");