Sukan Hari Ini

‘Raih 100 pingat emas’

Kuala Lumpur: Kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2017 perlu meraih lebih 100 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Ini dibuktikan pada Sukan SEA 2001 (semasa Malaysia menjadi tuan rumah) dengan mengumpul 111 emas. Untuk tahun depan, kita perlu mencapai tahap seperti itu.

“Saya berharap dengan semangat yang ada, kontinjen negara akan berjuang untuk mencapai matlamat itu,” katanya selepas menutup Perhimpunan Atlet Kita Juara Fasa II di sini, semalam.

Bagaimanapun, jumlah sasaran pingat emas untuk Sukan SEA tahun depan belum dimuktamadkan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017.

Penganjuran temasya sukan dwitahunan itu yang keenam buat Malaysia selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Shapawi berkata program Perhimpunan Atlet Kita Juara Fasa II yang berakhir semalam, diharap dapat memberi impak besar kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai dalam persediaan ke arah Sukan SEA 2017.

Katanya perhimpunan tiga hari itu sebahagian daripada persediaan untuk mewujudkan suasana persekitaran semasa berlangsungnya temasya itu kelak.

Perhimpunan berkenaan menghimpunkan 517 atlet, 84 jurulatih dan 49 pengurus pasukan, bertujuan memastikan mereka fokus terhadap misi muncul selaku juara keseluruhan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");