Membawang Hari Ini

Ramai geram watak Mia – Siti Saleha

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Saleha tidak menyangka drama rantaian 7 Hari Mencintaiku yang dibintangi mampu mencetuskan fenomena selepas hampir lima tahun menyepi daripada Slot Akasia di TV3.

Pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharom, 26, itu berkata penerimaan penonton dianggap sebagai penyuntik semangat biarpun ada yang meluahkan perasaan geram terhadap watak Mia.

“Kali terakhir wajah saya menghiasi slot Akasia menerusi drama bersiri Nora Elena kira-kira lima tahun lalu. Alhamdulillah usaha keras semua pihak yang merealisasikan 7 Hari Mencintaiku membuahkan hasil.

“Saya juga tumpang gembira dengan keberkesanan watak Buntat yang menjadikan adik Ariff popular sekelip mata. Semua kejayaan ini juga tidak mungkin dapat dikecapi tanpa bantuan tenaga kerja belakang tabir termasuk penulis, pengarah dan kru.

“Apa pun, gandingan semula bersama Shukri Yahaya menyerlahkan keserasian kami memandangkan sebelum ini kami pernah bekerja bersama,” katanya kepada BH Online.

Saleha yang menjayakan watak Mia selaku teraju utama tidak terkecuali menerima kecaman berikutan peranan antagonis dibawakan sehingga ada yang mengakui geram kepadanya.

“Tidak dinafikan, ramai yang sakit hati terhadap Mia kerana bersikap kejam dan derhaka kepada suami. Namun, saya bersyukur kerana peminat bijak membezakan lakonan dan juga realiti,” katanya.

Terdahulu sejak 7 Hari Mencintaiku disiarkan di TV3, selain Mia watak Buntat lakonan Muhammad Ariff Abdullah turut menjadi trending di laman sosial pada minggu lalu.

Karakter sebagai anak kecil yang menjadi mangsa keadaan seterusnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan menyedihkan membuatkan ramai turut menitiskan air mata.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");