Jenayah

Rampasan RM48.5 juta

Subang Jaya: Polis Selangor merampas 60,669 komputer yang digunakan untuk perjudian bernilai RM48.5 juta hasil 4,828 serbuan di premis perjudian di negeri ini bermula Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil serbuan itu seramai 4,438 individu termasuk 1,437 pemain berjaya ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, pihaknya turut merampas wang tunai RM424,118 dipremis terbabit hasil kegiatan perjudian.

“Pada hari ini, sebanyak 2,230 unit komputer dirampas disekitar daerah Subang Jaya bermula tahun 2014 hingga Mac 2016 yang selesai perbicaraan mahkamah dilupuskan.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perjudian dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan perjudian ini,” katanya pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Komputer di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");