Sukan Hari Ini

Rashid sedia sumbang bakti jika diperlukan

Kuala Lumpur: Akan kembali satu hari nanti jika diperlukan. Itu pengakuan bekas jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek (gambar) selepas ditanya sama ada ingin kembali mencurah bakti di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Rashid yang kini bersama Akademi Badminton Sports Affairs, tidak menolak kemungkinan mengikut jejak rakannya, Rosman Razak yang kembali ke badan induk itu dan bakal memulakan tugas sebagai jurulatih beregu lelaki bulan depan.

Menurutnya, beliau bagaimanapun perlu menimbangkan tugasan terlebih dulu sekiranya mendapat tawaran BAM, jika mahukan khidmatnya kembali.

“Saya tak kata akan tolak 100 peratus tapi saya akan fikir dan nilai sama ada khidmat saya betul-betul diperlukan ataupun tidak,” katanya kepada media selepas pelancaran Program Pencarian Bakat Juara Badminton Sports Affairs semalam.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu berkata, apa yang penting baginya sekarang adalah untuk terus berada dalam sukan badminton.

“Pada saya, BAM lebih perlukan beliau (Rosman) bagi meningkatkan lagi mutu dan prestasi pemain di sana.

“Saya juga dapat lihat BAM seperti agak terdesak untuk mendapatkan khidmatnya kerana beliau salah seorang jurulatih terbaik di Malaysia,” kata Rashid mengenai Rosman yang membuat keputusan pulang ke pangkuan BAM.

Rosman akan kembali menyertai BAM dan memikul tugas membimbing skuad beregu lelaki berkuat kuasa 1 Januari ini bagi membantu jurulatih sedia ada, Jeremy Gan dan Cheah Soon Kit.

Bekas jurulatih beregu wanita negara itu menyertai BAM pada 2012 sebelum membuat keputusan bersama Rashid tidak menyambung kontrak tahun lalu dan menyertai Akademi Sports Affairs.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");