Jenayah

Remaja ditahan curi wang bapa

Miri: Seorang remaja lelaki yang ke Balai Polis Sibu, kelmarin, untuk membuat laporan mendakwa dipukul individu tidak dikenali ditahan kerana mencuri wang bapanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi, remaja berusia 15 tahun itu ditahan kerana mencuri wang bapanya RM2,000 di rumah mereka di Permyjaya, di sini, 5 Disember lalu.

Sumber berkata, remaja terbabit ke balai polis ingin membuat laporan dipukul individu tidak dikenali, tetapi dia tidak membawa MyKad dan tidak mengingati nombornya.

Menurutnya, polis menghubungi bapa remaja terbabit di Miri untuk pengesahan dan lelaki itu meminta anaknya ditahan kerana mencuri wangnya.

Sementara itu, polis mengesahkan kejadian dan remaja terbabit direman selama tiga hari sehingga hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");