Jenayah

Remaja lelaki maut terbabas

Kota Bharu: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Kuala Krai dekat Bunut Payung di sini, awal pagi, hari ini.

Mangsa, Aiman Amirul Razanee, 17, cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya gagal dikawal menyebabkan terbabas.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga penuntut Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");