Jenayah

Remaja mengaku salah peras bapa RM25,000

AYER KEROH: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyamar dan melakukan pemerasan ke atas bapanya dengan meminta wang tebusan RM25,000, dua minggu lalu.

Remaja berusia 16 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemerasan dengan cara mengugut bapanya berusia 55 tahun untuk membayar RM25,000 supaya anaknya tidak dibunuh sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah kilang milik bapanya di Taman Datuk Rahim Tamby Chik, Batu Berendam, di sini, jam 3.23 petang 10 Disember lalu.

Tertuduh yang juga satu-satunya anak lelaki tunggal mangsa didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria menawarkan jaminan RM2,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,700 dan menetapkan 9 Mac depan untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut fakta kes, suspek menyamar menjadi penculik dan meminta wang tebusan RM25,000 dengan menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit rakan.

Suspek kemudian mengugut membunuh ‘anak mangsa’ jika enggan membayar di lokasi, waktu dan pada hari kejadian.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");