Berita Hari Ini

Rempuhan Berlin: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Berlin, Jerman pada Isnin malam, demikian menurut Kementerian Luar.

“Kedutaan Besar Malaysia di Berlin melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar Berlin berhubung kejadian tersebut.

“Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam insiden tersebut, laporan menyebut bahawa seorang pemandu treler telah merempuh Pasar Krismas di Breitscheidplatz Square dan mengakibatkan 12 orang terkorban serta kira-kira 50 lagi cedera.

Suspek yang dipercayai pemandu lori tersebut, telah ditahan berhampiran tempat kejadian.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");