Berita Hari Ini

Resolusi 2334: Mufti Perlis puji usaha Malaysia

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji usaha Malaysia sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sehingga majlis itu meluluskan resolusi meminta Israel menghentikan pembinaan penempatan haram di tanah milik Palestin.

“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kita khususnya Wisma Putra yang berjaya membawa usul menentang penempatan Israel di Palestin.

“Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC memainkan peranan paling bersejarah. Ini selepas Mesir yang sepatutnya membawa usul itu menarik diri.

“Usaha dan lobi Malaysia yang begitu besar serta bersungguh membolehkan usul itu tetap dibawa dengan sokongan Senegal, New Zealand dan Venezuela,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, apa yang perlu ditunggu ialah tindakan lanjut daripada PBB kerana Malaysia sudah menunjukkan kemampuannya walaupun sebagai sebuah negara kecil tetapi berjiwa besar.

“Tahniah Malaysia. Tahniah kepimpinan kerajaan Malaysia. Tahniah Kementerian Luar. Tahniah Wisma Putra. Tahniah Datuk Ramlan Ibrahim (Wakil Tetap Malaysia ke PBB),” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");