Membawang Hari Ini

Rezeki Anis Al Idrus murah selepas putus cinta

KUALA LUMPUR: Selepas putus cinta dengan Raja Afiq, rezeki pelakon jelita, Anis Al Idrus terus murah.

Enggan larut dengan episod duka cinta tak kesampaian, Anis yang baru selesai mengendalikan program realiti, Pencetus Ummah, sedang rancak menjalani penggambaran program Aura Bintang yang memasuki musim kedua.

Teruja berkongsi perkembangan terbaharunya, Anis berkata, program Aura Bintang masih berbaki tiga episod yang perlu disiapkan.

“Program ini membabitkan 13 episod. Setiap episod menampilkan selebriti wanita bertudung.

“Antara mereka yang diundang adalah Syatilla Melvin, Yana Samsuddin dan Rozita Che Wan. Berbeza dengan musim pertama, ketika itu, ia menampilkan artis lelaki dan wanita yang berhijrah,” katanya kepada BH Online.

Mengimbas kenangan mengacarakan Pencetus Ummah, Anis memperoleh pengalaman berharga apabila diberi kebebasan tampil bersahaja dalam program berkenaan.

“Saya berpeluang mengacarakan program Diara Pencetus Ummah dan persembahan setiap minggu bersama Faizal Ismail dan PU Azman.

“Seronok apabila saya diberi kebebasan untuk mengacara tanpa terlalu formal atau ‘skema’ biarpun bertudung,” katanya. Anis mengaku hubungannya dengan peserta Pencetus Ummah juga akrab.

“Tiga bulan saya mengendalikan program itu dan menjadi rapat dengan peserta,” katanya.

Mengenai perancangan 2017, Anis memberitahu, dia akan kembali ke pentas lakonan untuk membintangi sebuah produksi untuk siaran RTM.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");