Membawang Hari Ini

Roax Tan (OME) Tak Kejar Populariti Sebagai Artis

PETALING JAYA: Pelakon siri popular Oh My English! (OME), Roax Tan tidak berasa cemburu dengan kejayaan rakan artis berbangsa cina seperti Soo Wincci dan Alvin Chong yang lebih dikenali dikalangan peminat berbangsa Melayu.

Roax, 29, berkata, kehadirannya dalam bidang seni bukan untuk mengejar populariti sebaliknya adalah kerana minat mendalam terhadap lakonan.

“Saya sudah lama mengenali Soo Wincci dan Alvin Chong dan kejayaan mereka menembusi pasaran Melayu adalah luar biasa dan membanggakan.

“Tetapi untuk diri saya sendiri, saya tidak pernah berhasrat untuk menjadi popular dan selesa dengan keadaan sekarang kerana saya berlakon kerana minat.

“Saya anggap lakonan seperti kerjaya yang lain dan saya gembira dapat melakukan sesuatu yang saya sukai,” katanya kepada mStar Online.

Menerusi OME, Roax memegang watak sebagai See Yew Soon atau SYS.

Dalam pada itu, Roax berkata, dia tidak merasakan namanya yang telah sinonim dengan OME sebagai punca kariernya sukar berkembang ke tahap lebih tinggi.

Sebaliknya kata Roax, siri berkenaan sebenarnya telah banyak memperkenalkannya sebagai pelakon dan berada ditahapnya sekarang.

“Saya tidak pernah berasa tersekat dan sukar untuk meneruskan karier lakonan hanya kerana saya terlalu sinonim dengan watak SYS seperti diperkatakan.

“Malah saya rasa OME yang telah banyak memperkenalkan saya sebagai pelakon,” katanya.

Sementara itu, Roax berkata, dia banyak menerima tawaran berlakon daripada produksi luar namun jadual yang padat menyukarkan dia untuk mengikat komitmen.

“Saya bukan sahaja terlibat dalam siri OME tetapi beberapa telefilemnya dan saya sangat mengutamakan komitmen dan fokus terhadap sesuatu perkara.

“Ada tawaran lain tetapi masa memang tiada memadangkan penggambaran OME mengambil masa panjang,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");