Perak Hari Ini

RT Daerah Larut Matang 2035 Pacu Pembangunan Taiping

TAIPING:Daerah Larut Matang bakal mengalami pelbagai bentuk perubahan berdasarkan keperluan penduduk dan permintaan semasa menerusi perancangan pembangunan masa hadapan.

Pembangunan tersebut bakal dipacu berpandukan Rancangan Tempatan (RT) Daerah Larut Matang 2035 iaitu penggantian kepada RT Larut Matang 2015 yang telah tamat tempohnya untuk kajian semula.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Arif penambahbaikan dilakukan dengan mengambil kira trend pembangunan masa kini yang diharap dapat membantu memandu arah pembangunan Larut Matang.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis perasmian Draf Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035 di sini hari ini.

“Rancangan ini melibatkan kajian yang meliputi keseluruhan daerah Larut Matang Selama dengan keluasan 135,057 hektar dan terbahagi kepada 12 mukim bagaimanapun bagi tujuan perancangan hanya 10 blok perancangan (BP) iaitu Mukim Pengkalan Aor, Mukim Simpang dan Mukim Sungai Limau digabungkan.

“Kerangka pembangunan kajian RT ini adalah merujuk kepada wawasan RT yang terdahulu dengan anjakan pembangunan daripada perancangan pembangunan konvensial kepada pembangunan hijau, rendah karbon, berdaya tahan dan inklusiviti,” katanya lagi.

Katanya lagi, inspirasi pembangunan RT adalah berdasarkan 5 teras iaitu pembangunan gunatanah bersepadu dan alam sekitar mampan,teras kedua melibatkan pertumbuhan ekonomi hijau berdaya tahan dan teras ketiga peningkatan tempat tinggal dayahuni daerah dan memperbandarkan desa

“Manakala teras keempat melibatkan pengukuhan infrastruktur dan efisiensi utiliti dan teras kelima iaitu kemampanan dan perlaksanaan pembangunan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, RT Larut Matang 2035 antara lain bertujuan memperkukuhkan daerah Larut Matang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi hijau dan nodus pelancongan ekonomi warisan wilayah utara Perak bertemakan Taiping Bandaraya Warisan Dalam Taman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");