Jenayah

Rumah warga emas musnah dihempap pokok

AMPANG: Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiaminya sejak 20 tahun lalu di Kampung Cheras Baru musnah akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian pada Isnin lalu.

Osman Husin, 70, berkata, dia sedang memancing ikan di Semenyih ketika itu dan mendapat makluman berkenaan kejadian melalui seorang jiran yang menghubunginya.

“Pada awalnya saya ingat hanya dahan kecil patah tapi bila balik rumah, saya terkejut dan rasa sedih bila melihat sebatang pokok menghempap rumah saya.

“Saya menanggung kerugian kira-kira RM7,000 akibat kejadian ini dan hanya mampu ambil beberapa helai pakaian sahaja. Barang lain semua hancur,” katanya.

Menurut Osman, dia hanya bekerja sebagai kontraktor sambilan dan tidak mampu bekerja kuat dalam usianya yang semakin lanjut, tambahan sudah ramai individu bekerja sebagai kontraktor, khususnya warga asing, menyebabkan peluang untuk rakyat tempatan bekerja dalam sektor itu semakin kurang.

“Pendapatan bulanan saya tidak menentu. Kadang-kadang saya hanya peroleh RM300 atau RM500 untuk sara hidup. Sekarang saya tumpang rumah sahabat dan berharap ada pihak sudi bantu saya bina rumah baru,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");