Isu Panas

Sabah hayati, terjemah mesej Najib

KUALA LUMPUR – Umno Sabah akan pastikan semua mesej dan penegasan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 semalam, dihayati dan diterjemahkan.

Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman berkata, ucapan dasar itu penting untuk semua pemimpin dan anggota parti menghayatinya.

“Kita dalam Umno Sabah, walaupun sebagai adik bongsu dalam keluarga besar Umno, akan terus bekerja keras dan turun padang menyelami dan menyantuni nurani rakyat yang memberikan kepercayaan kepada kita.

“Kita juga akan pastikan semua mesej dan penegasan presiden parti akan dihayati dan diterjemahkan oleh Umno Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, prinsip wala’ dan kesetiaan yang ditekankan oleh perdana menteri dalam ucapan dasar itu akan mengupayakan Umno mendepani pelbagai cabaran mendatang.

Mengenai pengiktirafan terhadap Umno Sabah bagi kejayaan memperoleh keanggotaan Umno paling ramai, Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berterima kasih atas pengiktirafan itu dan mengakui tidak ada rahsia atau petua dalam mencapai kejayaan itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");