Membawang Hari Ini

Sarat hamil tujuh bulan, Stacy berehat di rumah

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Akim Ahmad, 25, membuka rahsia isterinya, Stacy, 26, yang sarat hamil tujuh bulan, jarang berkongsi gambar terbaharu di laman sosial kerana kurang yakin dengan penampilan diri.

Mengaku berat badan isterinya bertambah sepanjang proses kehamilan, Akim memberitahu BH Online, Stacy lebih banyak berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

“Memandangkan usia bayi dalam kandungan sudah mencecah tujuh bulan, berat badan Stacy bertambah. Sehubungan itu, isteri jarang memuat naik gambar diri sendiri kerana kurang yakin.

“Jadi Stacy lebih suka berkongsi gambar anak dan keluarga kerana dirinya semakin sarat. Apa yang penting, kandungan Stacy sihat dan semuanya berjalan lancar,” kata vokalis The Majistret ini menceritakan perkembangan terbaharu isterinya itu.

Akim atau nama penuhnya, Afiq Hakim Ahmad berkata, dia akan pulang ke negeri ke negeri kelahiran isterinya di Sabah, tidak lama lagi sempena Hari Krismas.

Akim berkata, dia turut diundang menjayakan Konsert Ulang Tahun Ke-31 kumpulan Wings di Sabah pada 24 Disember depan.

“Ketika ini, saya belum sempat berlatih bersama Wings, namun sudah diberi taklimat dan senarai lagu untuk dinyanyikan pada konsert itu,” katanya.

Akim dan Stacy bernikah di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");