Berita Hari Ini

Sasar 1.4 juta tan metrik keluaran akuakultur

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran hasil ternakan akuakultur, termasuk udang, dapat ditingkatkan kepada 1.443 juta tan metrik menjelang 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pengeluaran semasa bagi industri itu sebanyak 506,000 tan metrik atau hanya 29 peratus daripada 1.98 juta metrik tan jumlah keseluruhan tangkapan ikan setahun.

“Jumlah itu tidak begitu baik untuk kestabilan pengeluaran ikan, jadi kementerian menstruktur semula nisbah tangkapan ikan laut dan akuakultur kepada 50:50, 1.577 juta metrik tan ikan tangkapan laut dan 1.443 juta penternakan akuakultur,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Zaiedi Suhaili yang bertanyakan sumbangan industri akuakultur kepada tambahan pengeluaran ikan negara.

Dalam pada Tajuddin berkata sebanyak satu juta benih ikan berkualiti telah disalurkan secara percuma kepada 790 penternak ikan akuakultur yang dilanda banjir, bagi membantu meningkatkan pengeluaran ikan.

Sejumlah 169 penternak lagi menerima bantuan di bawah Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan Akuakultur 2016 dalam bentuk kemudahan peralatan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");