Sukan Hari Ini

“Saya Dah Lama Tunggu Saat Ini” – Mkhitaryan

HENRIKH Mkhitaryan meraikan gol pertamanya buat Manchester United sekaligus melayakkan kelab di bawah pimpinan Jose Mourinho itu dalam peringkat 32 pasukan terakhir saingan Liga Europa.

Mkhitaryan dilihat berusaha keras untuk meraih pencapaiannya sejak perpindahan bernilai £26.3 juta (RM146.36 juta) dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.

“Saya rasa ia boleh melepaskan beban di bahu anda,” kata Mkhitaryan.

“Saya menantikan begitu lama untuk gol ini.

“Gol yang seterusnya perlu dibuat di Old Trafford, saya mahu membuat jaringan di tempat sendiri,” katanya.

Selain gol dari Mkhitaryan, rakan pasukan Zlatan Ibrahimovic turut menempatkan Manchester United mara ke peringkat 32 pasukan terakhir saingan liga.

Dalam perlawanan menentang pasukan Zorya Luhansk di Stadium Odessa, Ukraine awal pagi Jumaat, Mkhitaryan dan Ibrahimovic membuat jaringan pada minit ke-48 dan 89′. Mail Online/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");