Sukan Hari Ini

Sazali mahu Syarul, Lilian konsisten

Kuala Lumpur: Sazali Samad mengharapkan Mr Universe yang baru, Mohd Syarul Mahen Abdullah dan atlet wanita Lilian Tan agar terus konsisten meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Mr Universe 10 kali itu jelas berbangga dengan kemampuan dua atlet berkenaan membawa pulang dua emas dari Kejohanan Bina Badan Dunia di Pattaya, awal bulan ini.

“Sebelum ini Syarul Mahen sentiasa konsisten apabila bersaing di peringkat dunia, sentiasa muncul naib juara atau tempat ketiga namun saya gembira rezeki berpihak kepadanya kali ini untuk bergelar juara.

“Lilian pula sudah tiga kali meraih emas di peringkat dunia,” katanya yang juga Mr Asia sembilan kali.

Malaysia pulang tanpa sebarang kejuaraan dari Kejohanan Bina Badan Dunia tahun lalu selepas ketiadaan Sazali yang menjalani penggantungan akibat doping.

Bagaimanapun kejayaan dilakar Syarul Mahen dan Lilian mencetuskan harapan baru terhadap sukan bina badan untuk terus melakar kejayaan selepas ini.

“Saya berharap mereka terus konsisten dalam mengharumkan nama negara. Mereka perlu sentiasa komited kerana sukan ini memerlukan pengorbanan tinggi.

“Peminat sentiasa mengharapkan lebih banyak kejayaan mampu dicapai. Malah pesaing juga akan sentiasa mengekori rapat untuk cuba mengatasi kita pada masa depan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");