Sukan Hari Ini

Schneiderlin dapat lampu hijau

PEMAIN tengah Manchester United, Morgan Schneiderlin mendapat lampu hijau daripada Jose Mourinho untuk meninggalkan Old Trafford.

Mourinho berkata, dia tidak akan menghalang mana-mana pemain untuk berhijrah demi kebaikan karier pemain tersebut.

“Jawapan saya mudah. Jika dia sentiasa bermain dengan saya, saya berhak untuk kata ‘jangan harap’. Jika tidak, saya tidak ada hak untuk beritahu pemain ‘anda tidak akan boleh ke mana-mana.

“Jadi, jika lembaga fikir tawaran itu adalah tawaran yang baik berhubung seorang pemain berkualiti seperti dia, saya tidak akan menghalangnya daripada pergi,” katanya.

Schneiderlin dikatakan sedang mencari kelab baharu yang dapat memberikannya peluang untuk terus bermain pada perpindahan musim sejuk ini.

Selain West Bromwich Albion yang dikhabarkan sudah mengajukan tawaran £13 juta (RM71.5 juta), Everton turut dikaitkan mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun ini.

Untuk rekod, Schneiderlin sudah beraksi 47 kali dan menjaringkan satu gol bersama United.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");