Panasnya Hari Ini

Segera Tangani Politik Fitnah Di Media Sosial- Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menegaskan bahawa UMNO perlu segera tangani politik fitnah dan persepsi negatif di media sosial yang dimainkan pembangkang.

Memetik sumber Bernama, langkah itu perlu disegerakan kerana ia boleh memperbetulkan tanggapan serong terhadap UMNO dan kerajaan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa rakyat akan terpengaruh dengan politik persepsi yang dimainkan pembangkang di media sosial sekali gus menenggelamkan usaha pembangunan dan kebajikan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerja pembangkang buat fitnah agar rakyat bersama mereka sehinggakan rakyat sudah tidak pandai menilai yang mana satu kaca dan mana satu permata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran Shahaniza Shamsuddin pula mencadangkan agensi kerajaan mewujudkan unit media sosial masing-masing sehingga ke peringkat daerah di setiap negeri bagi memaklumkan projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Shahaniza berkata ini kerana sering berlaku, maklumat mengenai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak sampai kepada rakyat.

“Kerajaan juga memerlukan satu pusat sehenti untuk penyaluran maklumat agensi kerajaan agar dapat memantau dan menghebahkan maklumat mengenai usaha kerajaan yang dilaksanakan kepada umum,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");