Jenayah

Selipar terapung dalam sungai jadi petunjuk

TUMPAT: Seorang tukang cat dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan selepas rakan menjumpai sebelah seliparnya terapung dalam kejadian di Kampung Kutan Sungai, semalam.

Mangsa, Mohd Azwan Harun, 36, ke tebing sungai itu selepas pulang dari kerja untuk melihat orang mengail ikan pada jam 4 petang.

Mohd Azwan ke tempat kejadian itu bersama rakannya tetapi meninggalkannya untuk meminta pertolongan selepas mangsa didapati mengalami kekejangan dan rebah di tebing itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan mengesahkan kejadian tersebut.

“Anggota bomba ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat mangsa selepas dimaklumkan orang awam mangsa terjatuh ke dalam sungai petang semalam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");