Jenayah

Seludup ke Afrika

Klang: Berlindung di sebalik gudang barangan lusuh. Itu taktik sindiket penyeludupan minyak masak yang dipercayai menjadikan Afrika sebagai lokasi memasarkan minyak masak itu.

Tindakan itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa yang menyerbu gudang itu, di Jalan Bakti, Kapar, di sini, semalam.

Difahamkan, sindiket mengaut keuntungan lumayan berikutan setiap sebotol minyak masak itu dijual di Afrika pada harga RM50 bagi setiap lima kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam operasi jam 11 pagi itu, polis menahan tiga lelaki Afrika berusia 30-an dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan itu.

Menurutnya, seorang daripada suspek Afrika berkahwin dengan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun dan menjadikannya sebagai pemilik gudang itu.

“Sindiket dipercayai baru beroperasi beberapa bulan lalu dan dipercayai menyeludup minyak masak itu ke Afrika bersama barangan lusuh di dalam kargo sama.

“Polis merampas 2,000 minyak masak lima kg yang dianggarkan bernilai RM40,000 dan barang lusuh di gudang berkenaan untuk siasatan selanjutnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan berikutan barangan lusuh di dalam gudang itu dipercayai dicuri daripada pihak tertentu.

Sementara itu, Ketua Seksyen Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor Basharudin Mohiyuddin yang turut hadir ketika operasi berkenaan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Kawalan Bekalan 1991.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");