Berita Hari Ini

Semak dahulu latar belakang syarikat agensi

SHAH ALAM – “Waspadalah dan semak dahulu latar belakang syarikat agensi bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” demikian kata Penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan berita baru-baru ini berhubung kes jemaah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan.

Menurutnya, masyarakat perlu peka dengan perkara ini kerana ada agensi pelancongan ini menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang murah sebagai taktik mereka.

“Jika perkhidmatan itu terlalu murah, kita perlu berjaga-jaga. Semak dahulu latar belakang syarikat itu, lihat sama ada mempunyai rekod buruk mahu pun tidak. Di sini kita berhak untuk memilih dan yang terjamin untuk kita,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Jelas Akhbar lagi, semakan-semakan ini boleh dibuat dengan kementerian berkaitan mahu pun Lembaga Tabung Haji.

Katanya, usahlah terlalu memikirkan tentang harga yang murah, tapi jangka masa panjang kita juga yang rugi.

Tambahnya lagi, kementerian perlu memandang serius perkara ini termasuklah tindakan pembatalan lesen atau sebagainya jika didapati bersalah. Ini kerana jika dilihat rata-rata mangsa adalah mereka yang sudah berusia.

15 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan setiap agensi penganjur pakej umrah perlu memberi tumpuan kepada syarat yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi termasuk berkaitan soal pendaratan bagi mengelakkan insiden jemaah terkandas berulang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");