Sukan Hari Ini

Semangat juang Bournemouth

SEMANGAT kental menjadi kunci kejayaan Bournemouth biarpun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Liverpool 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Dean Court kelmarin.

Eddie Howe sendiri tidak menolak kesungguhan pemainnya yang tidak kenal erti kecewa dan bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan punca kejayaan pasukan.

“Apabila kedudukan terikat 3-3, saya sudah berpuas hati kerana dapat juga satu mata, tapi sikap mahu menang dalam diri pemain membuatkan mereka tak mahu menyerah dan terus berjuang.

“Akhirnya, usaha itu berhasil dan kami raih kemenangan bersejarah.

“Kemenangan ini buktikan kami bukan underdog, jadi pasukan lain perlu berwaspada,” katanya,

Dalam perlawanan itu, Bournemouth ketinggalan tiga kali malah hampir gagal menyaingi The Reds separuh masa pertama namun semangat juang tinggi membolehkan mereka mengutip tiga mata di depan penyokong sendiri.

Empat gol Bournemouth dijaringkan oleh Callum Wilson, Ryan Fraser, Steve Cook dan Nathan Ake.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");