Berita Hari Ini

Semenanjung Malaysia berisiko rendah terjejas gempa Aceh

KUALA LUMPUR: Semenanjung Malaysia berisiko rendah untuk terjejas susulan kejadian gempa bumi di Aceh semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata sehingga kini tidak ada impak besar kepada negara ini selain dilaporkan berlaku gegaran lemah yang hanya dirasai di negeri di utara Semenanjung.

Katanya kajian Risiko Gempa Bumi yang dilakukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama universiti tempatan pada tahun 2009 juga menunjukkan Semenanjung Malaysia berisiko rendah menghadapi bencana alam itu.

“Jadi orang ramai tidak perlu bimbang dengan kejadian gempa bumi ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas gempa yang melanda daerah Pidiejaya, Aceh awal pagi semalam yang memakan korban puluhan orang.

Mengulas lanjut, beliau gempa bumi adalah perkara biasa di Indonesia terutama di Barat Sumatera disebabkan kedudukannya yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik.

“Sumatera kerap mengalami gempa bumi dari yang bermagnitud lemah hingga yang bermagnitud 9.0 seperti yang pernah berlaku pada tahun 2004,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");