Jenayah

Sepak isteri sampai patah gigi

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan mendatangkan kecederaan parah terhadap isterinya.

Dakwaan terhadap tertuduh, Sahabuddin Hanafi, 38, dibuat di hadapan hakim, Nazri Ismail.

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan parah ke atas Siti Norlizawati Ahmad, 33, dengan menggunakan kaki dalam kejadian di Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 11 pagi, 20 Disember lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Seksyen 325 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, bagaimanapun berikutan mereka mempunyai hubungan suami isteri, hukuman yang boleh dikenakan adalah dua kali ganda mengikut peruntukan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fahrul Razi memohon tarikh sebutan bagi pengurusan kes dan laporan perubatan mangsa. Fahrul Razi juga tidak mencadangkan sebarang jaminan ke atas tertuduh kerana tuduhan serius yang dihadapinya.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Februari depan, sementara tertuduh akan ditahan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, sehingga tarikh itu kerana tiada jaminan dibenarkan Nazri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");