Membawang Hari Ini

Sheila Abdull sah isteri pemain gitar Drama Band

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sheila Abdull, 28, selamat dinikahkan dengan pasangannya, yang juga pemain gitar, Ammar Habir, 27, di Johor Bahru, semalam.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Abdullah Abdul Rahman, di hadapan jurunikah, Ustaz Abu Bakar Watak, dalam majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.

Pada acara yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu, Sheila turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran daripada pemain gitar kumpulan Drama Band terbabit.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Kami berharap dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaik mungkin. Insya-Allah,” kata pemilik nama penuh Nursheila Abdullah itu.

Selain nyanyian, Sheila kini turut terikat dengan kerja sebagai pramugari bersama sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Justeru, apabila ada kelapangan, undangan nyanyian tetap diterima oleh wanita yang dikenali dengan lagu Pengkhianat Cinta ini.

“Nyanyian tetap takkan dilupakan walaupun kini saya sudah mempunyai pekerjaan lain,” katanya.

Mengenai perkenalannya dengan suami, kedua-duanya mula rapat dua tahun lalu selepas bekerjasama dalam projek single penyanyi terbabit.

“Kebetulan, kami pernah bekerjasama dalam sebuah projek single saya. Ia perhubungan yang berlangsung dengan pantas. Selepas setahun berkenalan, kami bertunang pada 20 Disember tahun lalu dan Alhamdulillah, jodoh kami panjang,” katanya.

Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada hari sama, beberapa jam selepas majlis pernikahan selesai.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");