Sukan Hari Ini

Siap sebelum Sukan SEA

Kuala Lumpur: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bersama Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) akan memastikan KL Sports City akan dapat digunakan sepenuhnya sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bermula secara rasmi Ogos tahun depan.

Situasi itu penting untuk memberi kelebihan kepada atlet mencuba kemudahan baru selaku tuan rumah bagi merealisasikan sasaran muncul juara menjadi realiti.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM Azman Fahmi Osman berkata, menjadi keutamaan mereka untuk membuatkan atlet berasa selesa beraksi di stadium sendiri.

Justeru kelebihan selaku tuan rumah perlu digunakan sebaik mungkin dengan atlet dijangka boleh menggunakan segala kemudahan di KL Sports City ini sejurus selepas semuanya selesai pada Julai tahun depan.

“Keutamaan kami adalah atlet. Kami mahu atlet selesa dengan stadium. Paling awal kemudahan boleh digunakan adalah stadium hoki yang dijangka siap pada hujung April.

“Selain itu trek larian juga dijangka siap dalam masa sama. Kita akan membenarkan atlet untuk mencuba trek baru selepas mendapat pengiktirafan kelas pertama dari IAAF (Persekutuan Olahraga Antarabangsa),” katanya yang diperuntukkan RM1.6 billon untuk projek menaik taraf KL Sports City.

Azman menegaskan kesemua stadium utama membabitkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Tertutup Putra, Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional akan mendapat kelulusan daripada badan induk persatuan sukan masing-masing sebelum dibenarkan untuk digunakan dengan kapasiti penonton masih sama.

Penganjuran temasya dwitahunan itu akan diadakan dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September.

Sementara itu Pengurus Besar MRCB S Nalgunalingam, memaklumkan keseluruhan kerja pembinaan fasa satu KL Sports City yang merangkumi pengubahsuaian infrastruktur di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil berjalan mengikut jadual dan projek itu sudah 60 peratus siap.

Kompleks sukan baru itu adalah pengubahsuaian infrastruktur di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang akan mewujudkan hab sukan dinamik dan boleh diakses bukan saja atlet tetapi masyarakat setempat, pengguna rekreasi serta orang ramai.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");