Membawang Hari Ini

Sindiran Altimet

Nama Altimet sinonim dengan rap sinikal yang bercerita mengenai masyarakat.

Kini, Altimet hadir dengan single terbarunya, Amboi yang sarat dengan mesej.

Melodi lagu ciptaan Navigator ini memang menarik kerana menggabungkan beberapa elemen selain rentak hip hop antaranya nada pop serta dikir barat.

Apabila didengar berulang kali, ternyata Amboi tidak menjemukan dengan rentak yang boleh dikatakan sangat sesuai dengan jiwa penggemar muzik hip hop tanah air.

Seperti lagu dendangannya sebelum ini, Amboi juga bercerita kepada masyarakat sambil meletakkan unsur sindiran bersahaja sekali gus membuatkan pendengar tersenyum sendiri.

Kebanyakan kata-kata yang diselitkannya dalam Amboi memang kena dengan situasi masyarakat kita pada hari ini.

Bagi Altimet sendiri, dia menghasilkan lirik Amboi berdasarkan pengamatannya terhadap apa yang berlaku dalam media sosial.

“Saya memerhati apa yang berlaku di media sosial, sekali gus timbul idea untuk menghasilkan lirik lagu ini. Walaupun apa yang berlaku di alam maya nampak kecil, tetapi impaknya besar kepada masyarakat,” katanya.

Selain Altimet sebagai teraju utama, video muzik lagu Amboi yang sudah dilancarkan di YouTube sejak 27 November lalu turut menampilkan beberapa selebriti tanah air antaranya Joe Flizzow, SonaOne, Shuk SYJ dan Azwan Ali.

“Saya menampilkan selebriti yang turut memberi impak kepada dunia media sosial, sekali gus cuba menarik perhatian ramai dengan video muzik lagu ini,” katanya.

Sehingga kini, video muzik Amboi mendapat lebih 400,000 tontonan di YouTube.

INFO:

LAGU: Amboi

PENYANYI: Altimet

KOMPOSER: Navigator

LIRIK: Altimet

TERBITAN/EDARAN: Kartel Industries & Sony Music

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");