Sukan Hari Ini

Sivasangari tak gentar lagi

Kuala Lumpur: Awalnya dia agak gementar namun S Sivasangari akhirnya meraih pengalaman berguna beraksi pada Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia di Paris.

Pemain remaja berusia 17 tahun itu, yang menduduki ranking ke-51 dunia, setakat ini bertindak cemerlang menyumbang mata kepada skuad negara yang mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan C.

Selepas mengatasi Belanda pada aksi pertama, skuad negara diketuai Datuk Nicol David melangkah penuh bergaya mengatasi pilihan kelima Australia 3-0 dengan Sivasangari mengutip mata pertama mengalahkan Christine Nunn 12-10, 9-11, 13-11, 11-8.

Dia yang mengambil alih tempat Low Wee Wern yang menarik diri berikutan kecederaan nyata tidak menghampakan skuad negara yang perlu beraksi mengikut peraturan 3-2-1 berdasarkan kedudukan ranking pemain.

“Saya berasa sedikit gementar ketika turun pada aksi pertama menentang Tessa ter Sluis (Belanda) di kejohanan ini tapi pada perlawanan kedua menentang Christine saya lebih selesa.

“Saya gembira dapat menghadiahkan mata pertama untuk pasukan bagaimanapun saya menjangkakan cabaran lebih sukar menanti saya selepas ini,” kata Sivasangari.

Mata kedua negara disumbangkan Delia Arnord yang berjaya menewaskan bekas juara dunia Rachael Grinham 11-9, 11-9, 11-7 dalam tempoh 36 minit sebelum Nicol melengkapkan kemenangan menewaskan Donna Urquhart 11-8, 11-4, 11-5.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");