Membawang Hari Ini

Skrip tidak cukup matang

Filem yang diadaptasi daripada permainan video popular Assassin’s Creed mempunyai potensi cukup hebat terutama dengan konsep filem yang menarik, aksi bertarung yang hebat dan adegan kejar-mengejar teknik ‘parkour’ yang mendebarkan.

Tapi sebaik saja plot mula berkembang, perjalanan cerita mulai rapuh seolah dihasilkan daripada skrip yang tidak cukup matang.

Tidak dinafikan ada perspektif menarik mengenai filem ini dan untuk seketika mengingatkan kepada karya Christian Bale yang licik dalam filem Equilibrium.

Sebaik saja babak Callum (Michael Fassbender) bertarung sebagai Aguilar, ‘shot’ bandar Sepanyol purba yang diadun cantik dengan fasiliti masa depan, membuatkan sinematografi dan kesan khas filem lebih menarik.

Fassbender berjaya membuktikan dia layak memegang watak itu dan memiliki kelebihan di segi aura pelakon aksi yang mampu melompat tinggi, berlari dan bertarung.

Rumusannya, pelakon itu memberi 100 peratus komitmen kepada watak dan tuntutan skrip selagi terdaya. Bukan saja dari fizikal malah bekerja 360 darjah untuk memastikan wataknya benar-benar memberi impak.

Di segi konsep, filem ini menjanjikan sesuatu yang pasti mengujakan peminat filem aksi. Tapi seperti dikatakan awal tadi, skripnya lemah dan tidak digarap dengan baik.

Agak ‘terseksa’ menonton pelakon hebat seperti Marion Cotillard dan Jeremy Irons cuba membuatkan dialog yang dilontar mereka dapat dihadam penonton.

Mengisahkan Callum Lynch yang dijatuhkan hukuman mati tapi selepas sedar daripada ‘kematian’, dia berada di sebuah fasiliti yang menempatkan teknologi baru pengesanan genetik dikenali animus.

Di situ dia ‘kembali’ menjadi moyangnya, Aguilar, pembunuh upahan rahsia yang hidup di Sepanyol pada abad ke-15.

Moyang berserta rakannya itu memiliki ilmu dan keupayaan yang tinggi untuk menghalang organisasi berkuasa, Templar daripada mengawal Apple of Eden yang didakwa mempunyai semangat manusia.

INFO

FILEM: Assassin’s Creed

ARAHAN: Justin Kurzel

PELAKON: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons, Brendan Gleeson

GENRE: Aksi fantasi pengembaraan

TAYANGAN: 22 Disember 2016-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");