Sukan Hari Ini

Soon Huat, Wei Feng kecundang

Kuala Lumpur: Dua pilihan utama perseorangan lelaki Goh Soon Huat serta Chong Wei Feng (gambar) gagal menempah tiket ke separuh akhir Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan selepas tewas kepada lawan masing-masing pada aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

Soon Huat yang diletakkan pilihan pertama, terpaksa akur tewas 19-21, 21-18, 16-21 kepada Tan Chun Seang pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A sekali gus menyaksikannya lawannya itu mara ke separuh akhir.

Bekas pemain negara Chong Wei Feng yang juga pilihan kedua, dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Lim Chi Wing 21-8, 13-21, 17-21 dalam saingan Kumpulan B.

Kehadiran jurulatih perseorangan negara Hendrawan nyata memberi suntikan semangat kepada Chi Wing yang bangkit daripada kekalahan set pertama.

“Saya turun beraksi dengan tidak berdepan sebarang tekanan kerana sedar Wei Feng lebih senior daripada saya.

“Di set pertama saya belum dapat memikirkan strategi yang baik. Bila masuk ke set kedua jurulatih bagi arahan supaya bermain secara biasa saja.

“Pada set penentuan pula, saya rasa kami berdua bermain dengan prestasi sama. Mungkin kelebihan saya ketika itu bermain lebih banyak corak menyerang,” katanya.

Pemain berusia 21 tahun itu berharap dapat mengekalkan aksi konsisten itu apabila turun pada perlawanan separuh akhir bertemu Goh Giap Chin hari ini.

Chun Seang pula akan membuat perhitungan dengan Chong Yee Han.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");